PROGRAM BULAN SAINS

INTERSHIP Program PISMP

·         PAMERAN SAINS

Pameran sains dijalankan sepanjang Bulan Sains iaitu bermula dari 29 Julai sehingga 19 Ogos 2011. Mempamerkan pelbagai bahan bacaan yang berfokuskan ilmu astronomi.
Bahan pameran lain yang dipamerkan ialah haiwan-haiwan seperti ular, ikan, dan tikus yang telah diawet menggunakan pengawetan basah.



·         KUIZ SAINS

Kuiz sains dijalankan untuk murid-murid tahun 4 dan 5 sahaja. Semasa melawat bilik pameran, murid-murid dikehendaki menjawab soalan kuiz bertulis mengenai bahan-bahan yang dipamerkan. Segala maklumat terdapat pada poster-poster yang ditampal serta di dalam buku-buku yang dipamerkan.

·         SCIENCE SHOW

Terdapat tiga sesi pertunjukan sains . Minggu pertama, murid-murid tahun1 hingga 5 akan melihat pertunjukan ‘Valcano Eruption’ secara bergilir-gilir. Pada minggu kedua, pertunjukan sains ‘Amazing Egg’  pula dijalankan. Seterusnya, pertunjukan pada minggu ketiga ialah “Magic Stick”.
Pertunjukan sains sebegini mampu menarik minat muridu utnuk  mendalami lagi bidang sains.

·         SAINTIS MUDA

Aktiviti saintis muda dijalankan pada setiap hari Rabu pagi. Minggu pertama dalam Bulan Sains, murid-murid membuat aktiviti menghasilkan roket kertas.

·         PERTANDINGAN MEWARNA
Untuk murid prasekolah dan pendidikan khas.

·         PERTANDINGAN TEKA SILANG KATA
Semua murid tahap 1

·         PERTANDINGAN BUKU SKRAP
Semua murid tahun 4 dan 5. 5 orang satu kumpulan.

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. BLOG RASMI SK CHABAU - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger